Thursday, 20 February 2014

Microsoft Memperkenalkan Office Online


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pihak Microsoft telah mengumumkan penjenamaan semula Office Web Apps kepada Office Online pada hari ini. Selain itu, Microsoft juga telah mengumumkan penjenamaan semula SkyDrive dan OneDrive. Bersama-sama dengannya, Microsoft turut memperkenalkan kemaskini kepada laman Office.com untuk memudahkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan atas-talian mereka tersebut.

Dengan menggunakan Officie Online, pengguna boleh mengakses dan membuat penyuntingan dokumen terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang (install) perisian Microsoft Office pada komputer mereka. Dengan lebih ramai menggunakan hanya pelayar web untuk pelbagai urusan harian, semestinya perkara ini amat diminati ramai.

Microsoft mennyatakan sebab mereka membuat penjenamaan semula Office Web Apps kepada Office Online kerana ramai pengguna yang keliru dengan penggunaan nama sebelum ini.

Untuk menggunakan Office Online, pengguna hanya memerlukan satu akaun Microsoft dan boleh log masuk melalui Office.com. Setelah log masuk, pengguna boleh terus mengakses atau menggunakan perkhidmatan Word Online, Excel Online, PowerPoint Online, dan OneNote Online. Perkhidmatan yang sama juga boleh diakses melalui OneDrive. Lihat video di bawah:



Layari - Office Online
No comments

Sunday, 26 January 2014

Pre Order RileksCrew TShirt & Hood Dibuka


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan.

Hai Cetak - RileksCrew atau 'Krew Tenang' merupakan satu kumpulan yang hebat dan terkenal dalam dunia alam maya dengan aktiviti penggodaman atau 'hacking' yang dilakukan pada suatu ketika dahulu. RileksCrew pernah mengeluarkan atau menjual baju mereka sebanyak 2/3 kali dan semuanya dijual dengan laris sekali sehingga ada yang terlepas untuk membelinya.

Kini, RileksCrew sekali lagi mengeluarkan baju mereka yang dicetak khas daripada HaiCetak.com. Berapakah harganya? Bila tempahan ditutup? Apakah jenis fabrik yang digunakan? Lihat dibawah:

✔ RM30.00 (POSTAGE FREE KECUALI SABAH DAN SARAWAK +RM10)
✔ 100% COTTON
✔ 4 COLOR PRINITNG (FRONT&BACK)
✔ PRINTED WITH QUALITY RUBBER DYE INK
✔ TSHIRT CODE: RCtshirt
Tempahan ditutup pada 31 Januari atau lebih awal berkgantung pada kuota. Sila klik http://haicetak.com/shop untuk membuat tempahan dan bayaran.

Ops! Bukan itu sahaja, pada masa yang sama RileksCrew juga ada mengeluarkan Hood atau Sweatshirt seperti gambar dibawah:


Keterangan mengenai RCHood ada dibawah:

✔ HARGA: RM100
✔ SAIZ: S M L & XL 
✔ TSHIRT CODE: RCHOOD
✔ PRINTED WITH QUALITY RUBBER DYE INK AND HANDLE WITH LOVE!

Penghantaran percuma untuk semenanjung Malaysia sahaja! Sabah & Sarawak + RM10. Tempahan ditutup pada 5 Februari 2014 dan tiada limit.

PERHATIAN! UNTUK MENDAPATKAN KUPON FREE DRAGONFORCE(NAGA PAKSA) STICKER, SILA MASUKKAN PERKATAAN PIPIT PADA KOTAK KUPON YANG DISEDIAKAN.

Apa tunggu lagi? Mari jadi salah seorang peminat RileksCrew sekarang juga dengan membeli salah satu baju yang mereka keluarkan pada tahun ini! Jangan lupa untuk kongsikan link artikel ini kepada kawan anda yang lain :)
5 comments

Tuesday, 10 December 2013

Menyulam Tekstur Imej


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari yang indah untuk mengarang artikel tentang designing. Baiklah, kita pendekkan cerita harini saya akan ajar anda semua bagaimana untuk menyulam tekstur imej. Nampak pelik bukan, tetapi itulah apa yang kita akan buat hari ini.

Untuk menyulam tekstur imej, anda cuma perlu ikut tutorial yang disediakan dibawah. Tak susah dan tak mudah. Sebelum itu, anda perlu download Interweaving Texture Pattern dan loadkan pattern tersebut dibahagian Blending Options → Pattern Overlay. Klik sini, dan download.


LANGKAH 1
Open/Drag gambar yang ingin disulam → Buat 1 layer baru dengan klik pada icon seperti gambar diatas atau tekan CTRL+Shift+N pada papan kekunci


LANGKAH 2
Pergi ke Edit dan klik pada layer Fill... atau tekan saja Shift+F5 pada papan kekunci


LANGKAH 3
Ubah apa yang ada pada bahagian Fill tersebut dan ubah seperti gambar diatas


LANGKAH 4
Sekarang, klik kanan pada layer kedua tadi dan klik layer Blending Options... atau klik dua kali pada layer kedua tu untuk memudahkan kerja


LANGKAH 5
Kemudian klik layer Stroke dan tukarkan yang sedia ada supaya jadi seperti diatas → Klik Ok


LANGKAH 6
Untuk langkah terakhir ini, anda cuma perlu tukar Blendingnya dari Normal kepada Overlay → Siap!

Sekarang, anda telah berjaya menyulam tekstur imej. Tahniah saya ucapkan. Itu sahaja tutorial untuk kali ini. Semoga berjaya dan jangan lupa untuk kongsikan link tutorial ini kepada kawan anda yang lain, sekian. Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Saturday, 7 December 2013

Membuat Kesan 3D Pada Gambar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sedang membaca. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup lagi diatas muka bumi ini. Sudah lama saya tidak mengarang artikel yang baru kerana sibuk menghias template blog seperti yang anda lihat sekarang.

Baiklah, untuk artikel kali ini saya akan ajar bagaimana untuk melakukan atau membuat kesan 3D pada gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop seperti gambar diatas. Berminat untuk membuatnya? Ikut sahaja tutorial yang sangat mudah dibawah ini:

LANGKAH 1
Buka Adobe Photoshop → Open/Drag gambar untuk kesan 3D


LANGKAH 2
Duplicate layer gambar asal dengan tekan CTRL+J pada papan kekunci → Klik kanan pada layer kedua dan klik BLENDING OPTIONS...


LANGKAH 3
Untick kotak Channels R → Klik Ok → Tekan CTRL+V pada papan kekunci dan gerakkan sedikit kekanan atau kekiri → Siap!

Ini adalah contoh hasil kesan 3D yang telah saya buat


Baiklah, itu sahaja tutorial membuat kesan 3D yang mudah dari saya. Jangan lupa untuk kongsikan link tutorial ini kepada sahabat anda supaya sama-sama memperoleh ilmu. Semoga berjaya, assalamualaikum & selamat sejahtera!


NOTA ALAM MAYA
*Gunakan 'BUTTON ARROW' untuk menggerakkan gambar layer kedua dengan mudah

No comments

Monday, 4 November 2013

Hidupkan Warna Yang Pudar Pada Gambar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Warna pudar pada gambar merupakan satu masalah yang besar bagi mereka yang suka sangat bergambar. Namun, ramai yang ingin menghidupkan warna pudar pada sesuatu gambar dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada dalam telefon bimbit sehingga menjadikan gambar tersebut lebih buruk dari yang sebelumnya. Dengan erti kata lain, OVER EDIT.

Tapi, bagaimanakah untuk menghidupkan warna yang pudar pada sesuatu gambar tanpa memburukkan lagi gambar dari yang sebelumnya? HaswanSyakier Blog ada jawapannya! Dibawah merupakan tutorial Menghidupkan Warna Yang Pudar Pada Gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop. Adobe Photoshop boleh didapati DISINI.


STEP 1
Buka Adobe PhotoshopOpen atau Drag gambar yang ingin dihidupkan warna pudarnya

STEP 2
Duplicate gambar asal atau CTRL J pada keyboard → Hiddenkan gambar yang asal

STEP 3
Pergi ke Filter → Sharpen → Sharpen → Duplicate sekali lagi gambar yang telah disharpen tadi → Tukarkan Blend Mode dari Normal kepada Soft Light



STEP 4
Duplicate gambar yang telah di Soft Light kan tadi → Pergi ke Filter → Blur → Gaussian Blur → Setkan radiusnya kepada 10.0 Pixels → Tukarkan Blend Modenya kepada Overlay dan Opacitynya kepada 20%




STEP 5
Duplicate lagi gambar yang telah di Gaussian Blur kan tadi → Tukarkan Blend Mode kepada Color Dodge dan Opacitynya kepada 10% → Siap!


LANGKAH TAMBAHAN (JIKA PERLU)
Sekiranya gambar yang telah dihidupkan warna pudarnya kurang menarik, korang perlulah melakukan atau menambahkan sedikit  Adjustment pada gambar iaitu Curves. Untuk melakukan atau menambah Adjustment Curves korang perlu klik pada icon bulat kecil lalu klik pada Curves.. seperti ini

 

Setkan Curvesnya seperti gambar dibawah atau boleh setkannya mengikut kesesuaian gambar sehingga kelihatan menarik



Baik, itu sahaja tutorial Menghidupkan Warna Yang Pudar Pada Gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop untuk kali ini. Jika ada sebarang masalah, pertanyaan ataupun menjadi bolehlah komen diruangan yang disediakan dibawah. Assalamualaikum & Selamat Mencuba! :)


8 comments

Sunday, 3 November 2013

Melajukan Download uTorrent & BitTorrent


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

uTorrent - Satu software yang selalu digunakan untuk memuat turun barang-barang yang besar contohnya Game. BitTorrent juga sering digunakan untuk memuat turun barang-barang yang besar selain uTorrent. Walau bagaimanapun, uTorrent dan BitTorrent juga mempunyai masalah dalam proses memuat turun.

Apakah ia? Tentu sekali, LAMBAT atau bahasa pasar yang sering digunakan ialah LEMBAB. Saya ada pos 1 gambar diatas didalam 1 group yang penuh dengan GAMERS iaitu Gamers Only (!). Ramai yang komen dan bertanya, bagaimana kelajuan download saya di uTorrent begitu laju dan ada juga yang suruh membuat tutorial.

Semakin lama semakin ramai yang suruh saya membuat tutorial, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuatnya. Baiklah, sekiranya korang nak melajukan proses memuat turun uTorrent dan BitTorrent korang boleh guna cara saya yang ini dan lihat sendiri hasilnya. Mari kita mulakan.


STEP 1
Buka uTorrent atau BitTorrent → Klik pada Preferences atau CTRL P pada keyboard

STEP 2
Klik pada tab CONNECTION → Gantikan nombor port yang sedia ada dengan yang ini 42579


STEP 3
Klik pada tab BANDWIDTH → Ubah semua setting yang sedia ada kepada setting yang ini


STEP 4
Klik pada QUEUEING pula → Sekali lagi ubah semua setting yang ada kepada setting yang ini


STEP 5
Klik pula pada tab BITTORRENT → Ubah juga setting yang sedia ada kepada yang ini


STEP 6
Sekarang, kita akan ubah setting Advanced pula. Klik pada tab ADVANCED → Ubah beberapa setting yang ada pada tab ADVANCED seperti dibawah ini







Kemudian, tekan button APPLY lalu tekan button OK. Sekarang, kita akan tukar TRACKER yang sedia ada dengan tracker yang saya gunakan ini. Untuk dapatkan tracker yang saya akan kongsikan ini, boleh download di http://pastebin.com/9w4CyzBi. Dibawah ialah cara menukar tracker yang sedia ada kepada tracker yang saya gunakan.


STEP 1
Klik pada mana-mana layer file yang ada di uTorrent & BitTorrent

STEP 2
Klik pula pada tab Tracker → Kemudian right click pada mana-mana layer yang ada dalam tab Tracker

STEP 3
Klik pada Add Tracker... → Kesemua tracker yang sedia ada akan highlight secara automatik, korang cuma perlu Copy & Paste tracker yang saya kongsikan tadi pada ruang tracker yang kita telah buka tadi

STEP 4
Setelah selesai paste tracker yang baru tadi, korang cuma perlu klik sahaja button OK → Lihat hasilnya nanti


Baiklah, itu sahaja tutorial untuk melajukan proses memuat turun uTorrent & BitTorrent mengikut cara saya. Kalau ada perubahan, jangan lupa untuk komen dan screenshot gambarnya diruangan komen dibawah pos ini ye :) Assalamualaikum!

NOTA ALAM MAYA
* Kalau rasa proses memuat turun semakin lembab, jangan lupa untuk UPDATE TRACKER 
* Kelajuan internet juga mempengaruhi proses memuat turun
* Tracker cuma tukar sekali sahaja, bukan setiap kali download file kena tukar

55 comments